Saturday, February 26, 2011

~ Sahabat Teman Kehidupan~



Apabila kau ingin bersahabat,,
Janganlah kerana kelebihannya ,,
Kerana mungkin dengan 1 kelemahan ,,
Kau mungkin akan menjauhinya...

Andai kita ingin berteman ,,
Janganlah kerana kebaikannya ,.
Kerana mungkin dengan 1 keburukan ,,
Kau akan membencinya..

Andai kau ingin bersahabat yang satu ,,
Janganlah kerana ilmunya ,,
Kerana jika dia buntu ,,
Kau mungkin akan memfitnahnya ..

Andai kau ingin seorang teman ,,
Jangan kerana cerianya ,,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan ,,
Kau mungkin akan menyalahkannya ..

Andai kau ingin bersahabat ,,
Terimalah dia seadanya ,,
Kerana dia seorang sahabat ,,
Yang manusia biasa seperti kita ..


Jangan diharapkan sempurna ,,
Kerana kau juga tidak sempurna ..
Tapi bersahabatlah kerana Allah ,,
Bersahabatlah kerana aqidah Islam ,,
Bersahabatlah kerana kita saudara fillah ,,
Yang sama-sama dinaugi Islam..

Allah telah berpesan ,,
"Innamal mu'minunal ikhwah" ,,
Sudah jelas pesanan ,,
Kita semua saudara sedarah ..

Jadi sahabatku,,
Bersahabatlah kerana Allah,,
Kerana kau dan aku,,
Hanya seorang abdullah..

Berkorbanlah sahabat,,
Kerana itu setinggi-tinggi ukhuwah,,
Marilah sahabat,marilah teman,,
Kita pupuk persaudaraan bersama,,
Persaudaraan kerana Ar-Rahman Ar Raheem,,
Agar kita melangkah bersama ke syurgaNya.. :)

nukilan JA'AB ..