Monday, June 20, 2011

Meniti perjalanan..

Pesta Benak di Sri Aman ,
Bermain perahu dengan cermat ,
Mari-mari membaca Al Quran ,
Agar selamat dunia akhirat .

Pergi ke kedai membeli hadiah ,
Untuk diberikan kepada Ana ,
Jika tidak mahu beribadah ,
Dosalah yang kita terima .

Dari Kuching hingga ke Sabah,
Keluarga di sana lama menunggu,
Mari kawan kita ke Madrasah ,
Agar kita mendapat ilmu.

Malam hari makannya pizza ,
Ditambah makan ikan tengiri ,
Mari kawan ikut berpuasa ,
Agar banyak pahala dan rezeki ,

Wang banyak bejuta-juta ,
Dipakai untuk behibur di dunia,
Harap sahabat tidak lupa dan leka,
Dengan dunia yang hanya sementara.

Bulan Rejab bulan yang mulia ,
Berlakunya peristiwa israk dan mikraj,
Mari sama-sama kita berdoa ,
Agar dijauhi daripada "istiraj" .

Sunday, June 12, 2011

Bertafakur dan Berfikir Sejenak..

Sebaik-baiknya setiap manusia hendaklah meneliti tubuhnya  pada setiap pagi dan memeriksa ketujuh-tujuh anggotanya..

Pertama-tama hendaklah ia meneliti akan lidahnya. Apa lidahnya itu sedang didatangi oleh bencana-bencana seperti mengumpat ,suka berbohong , suka memuji diri menghina dan mengenjek ,  suka berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara atau bergurau kasar , atau suka menjaga tepi kain orang dan sebagainya daripada perkara-perkara yang tercela.

Yang penting sekali  , hendaklah ia mengingatkan dirinya , bahawa sifat-sifat itu adalah sifat yang dibenci oleh Allah Ta'ala. Kemudian hendaklah ia cuba mengingatkannya pula dalil-dalil dan hujah-hujah Al-Quran Al-Karim dan hadis Rasulullah s.a.w yang mengancam dengan berbagai-bagai azab dan siksaan Allah Ta'ala ke atas sesiapa yang bersifat demikian , supaya ia dapat menjauhkan dirinya daripada sifat-sifat tersebut.


Kedua , hendaklah dia meneliti pula akan telinganya. Apakah telinganya itu suka mendengar caci-maki orang, suka dengar cakap-cakap bohong  dan cakap-cakap kosong yang tidak ada kena mengena dengan dirinya sendiri dan suka mendengar kata-kata lucah yang melalaikan diri.
Kalau demikianlah hematnya, hendaklah dia menjaga dirinya daripada gejala-gejala tersebut.

Ketiga, hendaklah dia meneliti akan perutnya . Apakah perutnya  itu juga turut bermaksiat kepada Allah Ta'ala dalam soal makan minum samada dengan terlampau banyak mengisikan perutnya dengan bermacam-macam makanan yang halal , kerana yang demikian itu adalah tercela di sisi Allah Ta'ala . Ataupun mengisikan perutnya  dengan makanan-makanan yang haram , kerana yang demikian itu dilarang pula. Maka hendaklah dia memikirkan cara-cara bagaimana ia dapat menahan dirinya supaya tidak tercebur ke dalam gejala-gejala tersebut , di samping  memikirkan juga cara-cara  untuk memperoleh makan minum dengan jalan yang halal dan mengesan semula akan sumber-sumbernya.

Sebaik-baiknya dia mengingatkan juga akan dirinya , bahawa semua ibadat-ibadat yang dilakukannya itu akan menjadi sia-sia sahaja jika makan minumnya itu bersumber dari yang haram , dan bahawa makan minum yang halal itulah asas utama bagi penerimaan semua ibadatnya.

Demikianlah seterusnya , cara seseorang itu memikirkan terhadap anggota-anggota yang lain , sehingga dia dapat memeliharanya dari bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan dirinya sendiri.
* "Perbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapus kelazatan(maut)"
*"Sepintar-pintar manusia ialah orang yang meningati mati  dan sentiasa bersedia menghadapinya . Mereka itulah orang-orang yang bijaksana. Mereka telah pergi dengan penghormatan  dunia dan kemuliaan akhirat"

Jadi rakan-rakan, mari kita ambil kesempatan ini untuk muhasabah diri. Semoga usaha kita untuk mendekati diri kepada Jalan Allah sentiasa diberkati dan diredhai Allah Ta'ala.. =D