Thursday, January 20, 2011

~Seseorang yang Ku Gelar Sahabat~

BISMILLAHHIRRAHMAN NIRRAHIM..



Assalamualaikum ..
Ini seorang yang ku gelar sahabat..

Aku sebenarnya lalai dan lemas dengan kehidupan di dunia ini,, aku selalu mementingkan diriku dan hanya mengejar ilmu dan wang .. tetapi tidak mengetahui kenapa aku mengejarnya.. aku ini bukan seseorg yg berilmu tentang agamaku.. aku ditinggalkan rakan-rakan ku,, kerana mereka umpama datang ketika mereka susah,, tetapi meninggalkan ku seorg jika senang.. ku mengambil keputusan untuk meninggalkan mereka dan berharap mereka akan berubah suatu hari kelak,, insya-Allah .. :)


Aku sedih,, gelisah dan semakin lemah kerana tidak mempunyai rakan mahupun sahabat .. aku selalu dipinggirkan oleh mereka..
Oleh kerana itu,, Allah telah mendatangkan ku seorang teman..
Dialah yg menyerpaku,, dialah yg berkenalan dengan ku,, dialah yg berbual dengan ku,, dialah yg mendidik ku,, dialah yg mengajar ku beribadah,, dialah yg membawa ku bermain bersama,, dialah yg susah sedih bersama ku dan dialah juga yg senang gembira bersama ku.. umpama "gunung sama didaki,, ke lurah sama dituruni".. Alhamdulillah.. Ya Allah,, sesungguhnya ku amat menyanyangi sahabat ku ini.. :) dia mengubah diriku yg keji menjadi seseorg yg bersopan seperti mana dia bersopan santun dengan org lain.. :) dia cuba mengajar ku beribadat seperti mana dia belajar untuk beribadat.. :) Ya Allah,, berkatilah hidupnya Ya Allah..


Dia selalu membawaku bersama nya,, bersama-sama bermain "futsal",, bersama-sama belajar,, bersama-sama ke masjid,, bersama-sama berbuka puasa,, selalu berkongsi ilmu dengan guru-guru yg tersayang.. :)


Alhamdulillah..Aku sudah menyedari tentang kehidupan ku.. dan ku sudah mengetahui apa tujuan ku dimuka bumi ini.. Aku gegas dan cepat-cepat berusaha untuk berubah.. aku cuba meninggalakan setiap perbuatan yg melalaikan dan yg tidak berfaedah.. ku cuba melakukan setiap perubahan satu demi satu.. bermula pada diriku yg lemah ini.. :) ku selalu meminta bimbingan daripadah ustaz,, guru,, ibu bapa,, adik beradik,, dan yg paling banyak membantuku iaitu sahabatku ini.. Aku berusaha dan terus mencuba sebanyak mungkin untuk beberapa minggu lagi untuk ku menduduki PMR..


Alhamdulillah,, keputusan ku tidak lah sehebat-hebat org lain,, tetapi cukup baik bagi diri ku.. :) Aku turut menumpang gembira terhadap sahabat ku ke atas keputusannya yg cemerlang.. Alhamdulillah.. jika tanpa sokongan daripada dia,, aku pun tidak mampu untuk mencapai keputusan ku itu.. :)


Sekarang,, tahun 2011,, melambaikan tahun 2010ku itu,, dengan tekad untuk mengubah setiap kekurangkan dan meneruskan yg baik setelah apa yg ku dapat belajar daripada sahabat ku..
Oleh kerana keputusan nya yg cemerlang,, dia ditawar ke Sekolah Alam Shah ( berasrama penuh ).. ku juga tumpang gembira dan amat bersyukur atas tawaran belajar untuk ke sana(iaitu sekolah idaman nya)


Tetapi,, tanpa ku sedari,, dia, seorang teman yg sanggup menjadi sahabatku,, dia, seorang sahabat yg banyak membantu ku ini,,akan meninggalkan ku.. org yg menggubah ku selama ini dengan izin Allah,, akan meninggalkan diriku.. pemergiannya dapat ku rasa hari demi hari dan dapat ku rasa kehilangan nya semasa ke semasa... Ya Allah,, aku tidak mempunyai sahabat yg sehebat dia Ya Allah,, aku tidak mempunyai sahabat yg penyabar sepertinya Ya Allah,, aku tidak ada sahabat baik dan sopan sepertinya Ya Allah.. ku risau Ya Allah kerana kehilangan nya disamping ku Ya Allah... dia lah sahabat bagi ku Ya Allah..


-apakan daya,, dia perlu ke sana untuk belajar dan menetap bersama keluarga disana-


Sebagai sahabat,, ku bersukur mempunyai sahabat seperti nya.. :) Alhamdulillah..
Insya-Allah,,Doa ku sentiasa mengiringi mu di sana kelak.. Dirimu akan menjadi sejarah yg terpahat diingatan ku.. Ya Allah ,, permudahkan lah perjalannya Ya Allah,, permudahkanlah kehidupan nya Ya Allah.. Ya Allah,, ku bersyukur dan berterima kasih kerana mengenalkan ku seorg sahabat seperti ~dia~ .... berkatilah kehidpan dia Ya Allah... Amin.. amin .. amin ya rabbal alamin.. :)


semoga dia selamat dan bahagia hidup disana..
terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku..
diri ku ini ingin meminta ampun dan maaf atas setiap kekurangan pada diriku selama kita berkenalan..


~nas~

No comments:

Post a Comment