Saturday, February 4, 2012

Kasih seorang Murid


ADAB-ADAB SEORANG MURID

1,Apabila ia menemui gurunya maka hendaklah ia memberi salam kepadanya terlebih dahulu.

2.jangan membanyakkan bercakap-cakap dihadapan gurunya.

3.jangan ia bercakap-cakap sebelum gurunya bertanya kepadanya.

4.jangan ia bertanya kepada gurunya sebelum ia meminta izin.

5.jangan ia menyangkal(menunjukkan rasa tidak puas hati)terhadap perkataan gurunya seperti ia berkata si fulan itu menyalahi akan yang engkau katakan itu.

6,jangan ia mengisyaratkan kepada gurunya dengan menyalahi pendapatnya maka ia menyangka bahawa ia lebih mengetahui daripada gurunya.

7,jangan ia berbisik dengan orang yang duduk ditepinya ketika gurunya memberi pelajaran,

8,jangan ia berpaling ke kiri dan ke kanan di hadapan gurunya tetapi hendaklah ia menundukkan kepalanya dengan penuh tenang lagi beradab seolah-olah ia sedang solat.

9,jangan ia memperbanyakkan soalan kepada gurunya ketika gurunya letih.

10,apabila gurunya berdiri hendaklah ia berdiri untuk menghormatinya.

11,jangan mengikuti gurunya dengan perkataan atau soalan ketika ia bangkit dari majlis.

12,jangan bertanya kepada gurunya ditengah jalan sehingga ia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya.

13,jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia melihat gurunya mengerjakan sesuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya(bukan menyalahi agama)maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa a.s bagi Nabi Khaidir a.s seperti yang disebut didalam Al-Quran :

"Berkata (Nabi Musa kepada Nabi Khaidir) : apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau meneggelamkan semua penumpangnya.sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar" (surah Al-Kahfi,ayat 71)

maka hendaklah ia mengingatkan bahawa sebenarnya dia yang tersalah pada keingkarannya itu,kerana ia hanya memandang hukum yang zahir pada sisinya sajaha.

(BIDAYATUL HIDAYAH)

No comments:

Post a Comment