Saturday, February 4, 2012

Qasidah..



"Qasidah adalah gema jiwa para Ahlillah. Bait-bait qasidah itu ditulis dengan jiwa-jiwa mereka dan tidak sedikitpun mereka menyertakan aqal semasa menulis bait-bait itu."

- Sheikh Rohimuddin Bin Nawawi al-Bentani al-Husaini

Qasidah merupakan bait-bait dan syair yang dikarang oleh para ulama dan para aulia untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta terhadap Allah Ta'ala dan Rasulullah saw. Didendangkan sebagai hiburan mereka dengan memuji kemuliaan Rasulullah. 


Pukulan gendang dan bacaan qasidah yang deras bisa memecah hati-hati yang keras (ego dan yg lain-lain).. ~Habib Muhammad :')


Berqasidahlah engkau semata-mata kerna Allah dan Rasulullah. Pasti kamu akan digumpulkan berqasidah  bersama-sama orang yang selalu memuji dan berzikir dihadapan Allah dan Rasul akhirat kelak.. Maka pasti semua cemburu melihat keadaan mu nanti. ~ Habib Muhammad


Apabila kita berqasidah , para malaikat akan hadir dan meng"amin"kan doa-doa kamu. Bahkan para aulia empunya qasidah turun berbuat sedemikian.


Ustaz Syed Muhammad bin Alwi al-Attas merupakan guru besar di Madrasah al-Khairat, Kuching. Madrasah tersebut merupakan institusi yang menyediakan asas Bahasa Arab dan agama kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama, dan merupakan antara institusi yang menawarkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di negeri Sarawak. Al-Fadhil Ustaz merupakan anak murid kepada seorang ulama besar dunia Islam, Syeikh Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani (w. 2004).







Berikut merupakan qasidah kegemaran ana. :)
Daripada Abi Umamah r.a. berkata, Rasulullah صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
bersabda:

أكثروا علي من الصلاة في كل يوم جمعة فان صلاة أمتي تعرض علي في كل يوم جمعة فمن كان اكثرهم علي صلاة كان أقربهم مني منزلة

“Perbanyakkanlah salawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya salawat umatku dipersembahkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak mengucapkan salawat ke atasku, maka dia adalah orang yang paling hampir kedudukannya di sisiku.”

No comments:

Post a Comment